Oh ya. Di sebabkan waktu sekarang ni dah dalam mood jalan raya, teringin pulak aku nak berkongsi pasal sambutan raya tahun 2011 ni. So aku fokus kat Facebook jer lah. Senang nak tunjuk contohkan. :)
By the way, ada yg tau, ada jugak yg taktau yg sebenarnya aku ada dua (2) akaun Facebook. Akaun ni pun aku buat bukan atas dasar suka-suka ke, nak stalker orang ke, nak serang orang ke, apa-apa lagi laa. NO! NO! NO!
Kat bawah ni aku kepilkan sekali printscreen akaun aku yg lagi satu tu. :)
(klik gambar utk gambaran lebih jelas)
Official Profile for SMT Juasseh ;)
So, bukan itu yg aku nak kongsikan dengan korang semua. Actually, aku nak kongsi dgn semua orang mengenai status-status rakan, bekas-bekas pelajar, pelajar-pelajar, guru-guru, stalker-stalker, fake akaun, semua-semuanya laa yg ada add Official Profile tu. Maklumlah. Nak bangkitkan isu raya lah kata kan. Hehehe. Ni termasuklah rakan Facebook aku sendiri. Kita tengok profile siapa yg kena! Hiks!
Dalam erti kata lain, semua orang berada dalam mood raya tahun ni. Tak terkecuali aku sendiri. HAHAHA! Aku tipu! Cuba korang tengok status-status rakan facebook korang semua. Pelbagai cara diorang nak bangkitkan mood raya tahun ni kan? Gambar yg ada ni aku ambik secara rawak. Bukan sebab hot ke, popular ke, rakan baik ke, apa-apa lagi laa. Apa yg penting? NEXT WEEK HARI RAYA! Owh yeahhh~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan