Persediaan Duit Raya 2011

Bila sebut pasal Hari Raya jer, mesti ingat duit raya. Tak kira laa besar ke, kecik ke, separa kecik ke, yg tak besar-besar & tak kecik-kecik ke, semua akan ingat pasal duit raya. Kan? So entry kali ni aku nak bercerita pasal duit raya. Ikut korang lerr nak baca ke tak. Ada aku kisah? Hiks!
.
.
.
Masa kecik-kecik dulu, macam biasa lah. Lepas solat sunat Aidilfitri, kepala hotak dok fikir pasal duit raya jer. Siap target sekali tu. 'Tahun ni nak dapatkan RMxxx duit raya sebab nak kahwin beli kereta beli hadiah girlfriend beli PS1'. Masa kecik-kecik dulu kan PlayStation 1 tu famous kan. Bukan tu jer. Pernah jugak berlumba-lumba dengan kawan-kawan siapa dapat duit raya paling banyak. Seriously kenangan masa kecik-kecik dulu memang sangat best. Ni yg nak jadi budak kecik balik ni. T.T

Sekarang dah tua berumur meningkat dewasa sikit. Kerja pun dah ada. Tahun ni tahun yg paling aku gerun. Nak tau sebab apa?

"Angah, jangan lupa duit raya ye"

Damn! Tahun ni kena prepare duit raya! Di sebabkan ni jugak la aku sekarang ni tengah bertungkus-lumus nak dapatkan duit raya. Pagi tadi baru jer siap bukak akaun baru Maybank. Tapi agak mengecewakan. Hari Rabu (24 Ogos 2011) mohon, hari ni (26 Ogos 2011) baru siap. Oh! Pengurusan yg kurang memuaskan.


(klik gambar utk gambaran lebih jelas)
surat pengesahan buka akaun simpanan Maybank

Surat ni nak kena hantar dekat HQ. Ingatkan dia boleh masukkan duit petang ni. Last-last berita yg agak mendukacitakan yg aku dengar. Pihak pengurusan dah pun siap buat transaksi SEMALAM (25 Ogos 2011)!

Nak tak nak, kena laa gerak ke Melaka petang ni, sebelum bank tutup. Kalau tak, maaf la semua yee. Tahun ni duit raya tak ada. Huhu. Pukul 2.00pm ke Ayer Keroh, sampai dalam 3.00pm, cari bank lagi. Harap-harap sempat. T.T

2 ulasan:

  1. angah...kngah nye bahagian jngan lupe....saye skolah lg....hehe

    BalasPadam
  2. sekolah ke, tak sekolah ke, kngah dah besauuuu. tak wajib bagi duit raya. HAHAHA! :P

    BalasPadam